Akaun smidas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Selamat Datang


Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Sekolah Menengah Islam Manarat Darus Salim.

Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.

Bantu agama Allah.

Allah akan bantu kita.
.
Harta yang kita ada, bukan kita punya secara mutlaknya. Apa yang dibelanjakan, di manfaatkan itulah rezeki kita.

Ramai sibuk fikir nak kumpul harta tapi ramai jugak lupa nak infaqkan / bersedeqah sebagian kepada yang memerlukan.

Risau seandainya kita persiakan harta yang ada. Risau seandainya kita terlalu memeluk dunia sehingga tak nampak akhirat di sebelah sana.

Sediakan harta kita di akhirat. Itulah PENEMAN SETIA dan PEMBELA kelak.

Tidak akan berkurangan harta yg disedekahkan...

Dalam dunia sekarang, kita tak tahu usul duit kita mungkin mempunyai hasil riba’. Jadi sedekah lah yang dapat mengurangkan hasil riba’ tersebut. Riba’ lah antara punca rezeki kita tidak berkat. Jadi dengan sedekah, Allah akan menyusutkan harta tersebut dan memberkati rezeki kita.




Kami Sekolah Menengah Islam Manarat Darus Salim (SMIDAS) yang beralamat No. 41 & 42, Jalan Elektron E U16/E, Denai Alam, Seksyen U16, 40160 Shah Alam, Selangor. mempunyai 133 orang pelajar memerlukan dana untuk membangunkan sekolah kami.
.
Buat masa sekarang, kutipan dana adalah bertujuan :

1. Renovasi seluruh bangunan
2 Keperluan fasiliti sekolah (kerusi, meja,alatan pejabat, alatan pembelajaran)
3. Fasiliti untuk makmal sains, makmal komputer dan perpustakaan supaya pelajar rasa selesa untuk belajar
4 Siapkan surau sepenuhnya supaya dapat diguna

Kami merayu warga netizen semua untuk sama2 bangunkan sekolah ini.

.
Kami percaya setiap sedeqah & sumbagan yang diberikan pahalanya akan kekal sehingga akhirat dan sentiasa mengalir untuk anda selagi sekolah ini beroperasi.



Sekolah Menengah Islam Manarat Darus Salim (SMIDAS) merupakan sebuah 
sekolah swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Walaupun SMIDAS berdaftar di bawah JAIS, SMIDAS tidak menerima sebarang 
bantuan tetap, malah sumber kewangan sekolah ini sepenuhnya bergantung 
pada yuran pengajian yang dibayar oleh pelajar. Asas penubuhan SMIDAS telah 
diilhamkan oleh masyarakat setempat yang mahukan anak-anak mereka 
mempelajari ilmu agama yang sempurna. 
SMIDAS sudah beroperasi sejak 2011 sehingga kini dengan jumlah pelajar 
seramai 133 orang. SMIDAS mengguna pakai kurikulum Kementerian Pelajaran 
Malaysia (KPM) iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta 
mengambil Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai teras kepada sistem 
pengajian di sekolah ini.


Meskipun SMIDAS berdaftar dengan JAIS, namun tempoh sijil kelulusan yang  diberikan ialah 5 tahun sahaja bermula 2012 hingga 2016. Tahun berikutnya  2017, JAIS hanya memberi tempoh sijil kelulusan satu tahun dengan beberapa  dokumen yang tidak lengkap. Selain itu SMIDAS dicadangkan untuk berpindah  keluar dari bangunan surau supaya dapat memenuhi syarat-syarat untuk  mendapat kelulusan pendaftaran sekolah di bawah JAIS dan KPM. Ketika ini  SMIDAS masih beroperasi dengan menumpang bangunan Kompleks Surau  Darus Salim di Jalan Sungai Buloh – Subang, Seksyen U3.